16,117 kes baharu Covid-19, kedua tertinggi sejak pandemik


Malaysia rekod 16,117 kes baharu Covid-19 hari ini, ia angka kedua tertinggi sejak pandemik, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai, 2021.

MALAYSIA merekodkan 16,117 kes baharu Covid-19 hari ini, ia angka kedua tertinggi sejak pandemik, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Beliau berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 1,044,071.

Selangor terus merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,616 kes, menjadikan keseluruhan 380,593 kes setakat ini.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 2,457 kes, bermakna lebih separuh kes baharu dikesan di Lembah Klang dalam tempoh 24 jam lalu, tambah Dr Noor Hisham.

Sementara itu, sebanyak 521,923 dos vaksin Covid-19 diberi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan semalam, angka harian tertinggi setakat ini.

Seramai 333,621 individu menerima dos pertama vaksin sementara 188,302 yang lain menerima dos kedua untuk melengkapkan vaksin.

Di seluruh negara, 5.7 juta atau 17.5% daripada populasi sudah menerima dua suntikan dos, dan 12.1 juta atau 37.1% daripada populasi mendapat dos pertama. – 27 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen