POLIS Haiti menahan ketua keselamatan Jovenel Moise susulan kes pembunuhan presiden itu pada 7 Julai lalu.
Ketua keselamatan Jean Laguel Civil disyaki terlibat dalam rancangan membunuh Moise di kediamannya selepas anggota komando bersenjata melepasi kawalan keselamatan presiden tanpa melepaskan sebarang tembakan.
Civil telah ditahan di penjara di Delmas, berhampiran Port-au-Prince.
“Saya boleh mengesahkan bahawa Jean Laguel Civil ditahan polis pada Isnin sebagai sebahagian daripada siasatan pembunuhan presiden Jovenel Moise,” kata jurucakap polis Marie Michelle Verrier kepada AFP.
Pesuruhjaya Port-au-Prince Me Bed-ford Claude telah mengarahkan pihak berkuasa imigresen untuk melarang empat anggota polis yang bertanggungjawab terhadap keselamatan Moise daripada meninggalkan negara itu.
Polis turut mengeluarkan waran terhadap hakim mahakamh tertinggi negara itu Wendell Coq Thelot yang dipecat oleh Moise.
Butiran pembunuhan itu masih tidak jelas, namun Perdana Menteri Ariel Henry yang baharu dilantik berjanji akan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. – AFP, 27 Julai, 2021.
Komen