Atlet dibenarkan tanggal pelitup muka di podium Olimpik Tokyo


Atlet di Olimpik Tokyo dibenarkan merakam gambar di podium tanpa pelitup muka untuk 30 saat dengan mematuhi penjarakan fizikal dan bergambar berkumpulan dengan memakai pelitup muka. – Gambar AFP, 26 Julai, 2021.

OLIMPIK Tokyo membenarkan atlet merakam gambar mereka di podium tanpa memakai pelitup muka untuk tempoh 30 saat dengan mematuhi penjarakan fizikal dan bergambar berkumpulan dengan memakai pelitup muka.

Menurut Xinhua, memetik kenyataan akhbar Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berdasarkan Tokyo 2020 Playbooks dan nasihat saintifik, protokol upacara kemenangan disemak semula untuk membolehkan atlet merakamkan detik kejayaan dengan menampakkan riak dan emosi pada wajah.

Protokol baharu itu akan dilaksanakan mulai 25 Julai di semua gelanggang untuk tempoh beberapa hari. – Bernama, 26 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen