9 pelancong maut akibat tanah runtuh di utara India


Sembilan pelancong terbunuh selepas bongkah batu menghempap kenderaan dinaiki mereka dalam satu kejadian tanah runtuh di utara India semalam. – Gambar fail EPA, 26 Julai, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA sembilan pelancong terbunuh dan tiga yang lain cedera selepas bongkah batu menghempap kenderaan dinaiki mereka dalam satu kejadian tanah runtuh di utara India semalam, lapor Agensi Berita Anadolu.

 Kejadian berlaku di daerah Kinnaur, wilayah Himachal Pradesh, kira-kira 600km dari ibu negara New Delhi.

Ketua polis Kinnaur, Saju Ram Rana berkata sembilan terkorban dalam kejadian itu.

Menurut laporan, ketika kejadian rombongan itu dalam perjalanan ke kawasan pelancongan Chitkul.

Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah dan mengumumkan pampasan buat keluarga mangsa, menurut Pejabat Perdana Menteri. – Bernama, 26 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen