10 maut dalam nahas bas di Croatia


SEKURANG-KURANGNYA 10 orang terbunuh manakala puluhan yang lain cedera apabila sebuah bas tergelincir di lebuh raya timur Croatia hari ini, lapor polis.

Menurut polis, semua penumpang dalam perjalanan dari bandar Frankfurt, Jerman ke ibu kota Pristina di Kosovo.

Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital di bandar timur Slavonski Brod berhampiran tempat kejadiaan.

Semenatara itu Ketua Polis Josip Samardzic berkata, seramai 45 orang dimasukkan ke hospital Slavonski Brod termasuk lapan yang lain dilaporkan cedera parah.

Namun, setakat ini masih tidak maklumat berkaitan umur atau kewarganegaraan mangsa atau punca kemalangan. Bas itu didaftarkan di Kosovo. – AFP, 25 Julai, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen