Raja Salman arah KSrelief bantu Malaysia dengan bekalan perubatan 


Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengarahkan badan amal dari negara itu menyalurkan bantuan bekalan perubatan kepada Malaysia bagi menangani pandemik koronavirus.– Gambar EPA 25 Julai, 2021.

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengarahkan Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Pemindahan Raja Salman (KSrelief), yang merupakan badan amal Arab Saudi, memberi bantuan bekalan perubatan kepada Malaysia bagi menangani pandemik koronavirus, lapor Saudi Gazette.

Ia merupakan maklum balas permintaan oleh Menteri Luar Hishammuddin Hussein ketika mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Muhammad Bin Salman.

Penyelia Umum KSrelief Dr Abdullah Al Rabeeah dalam satu kenyataan berkata arahan daripada Raja Salman menunjukkan hubungan rapat antara kedua-dua negara.

Menurut beliau bantuan perubatan itu terdiri daripada satu juta dos vaksin Covid-19.

“Kita akan menyelaraskan dengan pejabat Kementerian Luar Malaysia untuk mendapatkan kontrak daripada salah satu pengeluar vaksin antarabangsa yang diluluskan untuk membekalkan jumlah yang diperlukan secara terus kepada Malaysia,” kata Al-Rabeeah. – 25 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen