GM saman Ford yang didakwa langgar tanda dagangan


GM menyaman Ford berkaitan isu tanda dagangan. – Gambar AFP, 25 Julai, 2021.

GENERAL Motors mengumumkan yang unit pengeluar kenderaan pandu sendirinya, Cruise, menyaman Ford kerana menggelarkan teknologi pemanduan automatiknya sebagai BlueCruise.

Ford melancarkan BlueCruise yang membolehkan pemanduan bebas tangan pada April.

GM yang mengambil alih Cruise pada 2016, berhujah dalam saman difailkan di mahkamah wilayah California Utara yang Ford melanggar tanda dagangannya.

“Tiada syarikat berhak menggunakan tanda dagangan ini dalam bidang teknologi pemanduan automatik,” kata GM dalam saman yang dilihat AFP pada Sabtu.

Jenama Ford “akhirnya akan menyebabkan kekeliruan besar,” kata GM.

Menerusi Cruise, GM berharap akan menjadi pengeluar utama pertama mengeluarkan kereta pemanduan sendiri dalam skala besar. – AFP, 25 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen