TAPAK keenam di Arab Saudi dimasukkan ke dalam senarai Warisan Dunia Unesco, umum organisasi PBB itu semalam.
Hima yang terletak di barat daya negara teluk itu menempatkan kompleks seni batu terbesar di dunia.
“Tapak baharu dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia Unesco: kawasan kebudayaan Hima, Arab Saudi. Mabrouk (tahniah)!” umum Unesco.
Hima meliputi 34 kawasan berasingan, termasuk catatan berbatu dan telaga di sepanjang laluan purba penggembara Arab.
Putera Badr bin Abdullah bin Farhan Al Saud, menteri kebudayaan Saudi, mengalu-alukan senarai itu, lapor agensi berita SPA.
Negara ini memiliki “warisan ketamadunan manusia yang kaya. Usaha yang diambil sudah membuahkan hasil bagi menjadikannya dikenali dunia,” katanya dipetik berkata.
SPA berkata Hima penting kepada pengembara untuk perdagangan dan laluan haji ke dan dari kawasan selatan Arab.
Ia meliputi kawasan 557 sq km.
SPA berkata telaga di kawasan itu berusia lebih 3,000 tahun dan dianggap sumber air segar penting di kawasan gurun wilayah Najran.
“Ia masih memberikan bekalan air segar sehingga hari ini,” tambahnya.
Tapak warisan Unesco lain di Arab Saudi termasuklah kawasan seni berbatu di Hail dan bersejarah Jeddah.
Pada 2019, Riyadh mengumumkan yang ia akan memberikan visa pelancong kepada mereka yang mahu melawat Arab Saudi.
Sebelum ini, negara itu hanya membuka pintunya kepada ahli perniagaan dan jemaah Haji dan umrah ke kota suci Mekah dan Madinah. – AFP, 25 Julai, 2021.
Komen