Usaha menyelamat mangsa banjir di India diteruskan


Pandangan dari udara menunjukkan perkampungan di kawasan lembah ditenggelami banjir selepas hujan lebat di daerah Maharashtra. – Gambar AFP, 25 Julai, 2021.

PASUKAN penyelamat di India meredah lumpur separas lutut dan sisa banjir dalam usaha mencari mangsa terselamat ketika angka kematian daripada insiden hujan lebat itu kini mencecah 115 orang dan hampir 150,000 yang lain dipindahkan.

Hujan lebat luar biasa melanda pantai barat India sejak beberapa hari lalu menyebabkan berpuluh-puluh penduduk hilang berhampiran ibu kota kewangan Mumbai dan mengakibatkan banjir paling teruk sejak berdekad lalu di Goa.

Tanah runtuh di perkampungan di kawasan pergunungan di Taliye, selatan Mumbai, menyebabkan kini hanya tingga dua bangunan masih bertahan, memusnahkan berpuluh-puluh rumah dalam tempoh hanya beberapa minit, kata saksi.

“Ia berlaku terlalu cepat,” kata Dilip Pandey. “Ada bunyi kuat dan kampung itu tiba-tiba musnah.”

Pekerja kecemasan berusaha berjam-jam mencari mangsa terselamat, tetapi hanya dapat menemui mayat.

Banjir di Goa yang paling teruk, tetapi tiada kematian direrkodkan, kata Ketua Menteri Pramod Sawant.

Hujan lebat turut menyebabkan banjir di kebanyakan wilayah di Karnataka, menyebabkan tiga terbunuh dan 9,000 lagi dipindahkan. – AFP, 25 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen