SEORANG lelaki warga Bangladesh yang disyaki membunuh rakan senegaranya, direman selama seminggu sejak Khamis lepas bagi siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata perintah reman ke atas lelaki berusia 29 tahun itu, dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban Emysuriana Muhammad Subry.
“Lelaki terbabit direman sehingga Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Khamis lepas, media melaporkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun, ditahan selepas disyaki membunuh rakan senegara dan menanam mayatnya di kawasan pembinaan di Taman Mutiara Galla di Seremban pada 13 Julai lepas. – Bernama, 24 Julai, 2021.
Komen