Angka maut rusuhan penjara di Ecuador meningkat kepada 27 orang


Askar berjaga di luar penjara Sierra Centro Norte di Latacunga, Ecuador, pada 22 Julai 2021, setelah rusuhan penjara tercetus. Rusuhan di dua penjara di Ecuador pada Rabu menyebabkan 27 mati setakat 23 Julai, kata pihak berkuasa. – Gambar AFP, 24 Julai, 2021.

JUMLAH tahanan maut di dua penjara di Ecuador meningkat kepada 27 orang pada Jumaat, sekali gus memaksa kerajaan isytiharkan darurat.

Presiden Guillermo Lasso telah keluarkan perintah “untuk menggerakkan semua sumber daya manusia dan ekonomi yang diperlukan untuk mewujudkan kembali peraturan” di penjara Ecuador setelah keganasan meletus pada Rabu di penjara di Guayas, di barat daya Ecuador, dan di Cotopaxi, di pusat negara.

Badan pengurusan penjara SNAI pada Jumaat berkata “19 tahanan dilaporkan mati, salah satunya dengan menggantung diri” di penjara Cotopaxi.

Lapan banduan dilaporkan terbunuh di penjara Guayas.

Pihak berkuasa pada mulanya melaporkan 22 kematian dalam rusuhan itu, yang juga menyaksikan 57 yang lain cedera, melibatkan lapan pegawai polis, salah seorang dirogol.

Gabenor Cotopaxi Oswaldo Coronel menjelaskan pada sidang media mayat yang sebelumn ini tidak dijumpai telah ditemui pada malam Khamis dan oleh itu tidak termasuk dalam jumlah diumumkan pada Khamis.

SNAI juga berkata 86 tahanan Cotopaxi yang dilarikan telah ditangkap semula, tanpa menyatakan berapa ramai yang melarikan diri.

Kedua-dua penjara sebelum ini pernah mengalami rusuhan ganas pada Februari, ketika pertempuran antara geng yang bersaing untuk mengawal penjara-penjara utama negara itu menyebabkan 79 tahanan mati dalam satu hari.

Sistem penjara Ecuador mempunyai kira-kira 60 kemudahan untuk untuk 29,000 tahanan tetapi dibebani oleh kekurangan kakitangan.

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, Ecuador telah menggunakan hukuman alternatif untuk kesalahan kecil sebagai kaedah untuk mengurangkan populasi penjara, yang mengurangkan kepadatan orang dari 42 peratus menjadi 30 peratus.

Hak asasi manusia Ecuador berkata terdapat 103 pembunuhan di penjara Ecuador pada 2020. – AFP, 24 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen