Kes Covid-19 meningkat, Hanoi laksana sekatan pergerakan


Ibu kota Hanoi lengang berbanding hari biasa, manakala kedai-kedai diarah tutup. – Gambar AFP, 24 Julai, 2021.

SEKATAN pergerakan ketat selama dua minggu dilaksanakan di Hanoi mulai hari ini bagi membendung jangkitan Covid-19, kata pihak berkuasa Vietnam.

Lebih 7,000 kes baharu Covid-19 dikesan di seluruh negara semalam.

Ibu kota Hanoi lengang berbanding hari biasa, manakala kedai-kedai diarah tutup berikutan penguatkuasaan sekatan pergerakan.

Di samping itu, proses pembasmian kuman di seluruh Hanoi sudahpun dimulakan, dan akan mengambil masa seminggu, kata pihak berkuasa.

Selepas berjaya membendung jangkitan tahun lalu, kes jangkitan di Vietnam melonjak semula sejak hujung April. – AFP, 24 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen