PENEMBAK muda China, Yang Qian, meraih emas pertama Olimpik Tokyo menerusi acara 10m Air Rifle wanita pada Sabtu, lapor Xinhua.
Perak diraih Anastasiia Galashina dari Rusia manakala gangsa dimenangi Nina Christen dari Switzerland.
Yang, menduduki tangga keenam ketika peringkat kelayakan, memperoleh 251.8 mata pada acara final, menewaskan Galashina yang mengumpul 251.1 mata. – Bernama, 24 Julai, 2021.
Komen