16.49 juta dos diberi melalui program vaksinasi, kata menteri kesihatan


Hailey Chung Wee Kye

JUMLAH pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan semalam mencecah 462,242 dos, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini.

“Sebanyak 301,536 individu diberi dos pertama mereka, sementara 160,706 selebihnya menyelesaikan dos kedua mereka semalam,” katanya.

Jumlah vaksinasi harian terbaru merosot berbanding hari sebelumnya, 507,050 dos, tetapi masih melebihi sasaran 400,000.

Sasaran 400,000 hampir setiap hari sejak 12 Julai berjaya diberi dengan penurunan 299,593 pada 20 Julai, 380,440 pada 17 Julai dan 344,961 pada 18 Julai.

Jumlah vaksin Covid-19 yang diberikan di bawah program vaksinasi kini berjumlah 16.49 juta.

Daripada jumlah ini, 11.22 juta atau 34.4% populasi dewasa sudah diberikan satu dos vaksin sementara selebihnya 5.26 juta atau 16.1% populasi kini mendapat vaksinasi lengkap.

Labuan tetap mendahului dengan kadar vaksinasi tertinggi - 61% penduduknya menerima satu dos dan 49.9% melengkapkan dua dos mereka.

Sementara itu, Lembah Klang - yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya - mempunyai kadar penerima vaksin tertinggi.

Sebanyak 4.58 juta atau 54.4% menerima suntikan pertama mereka sementara 1.54 juta atau 18.3% lengkap kedua-dua dos tersebut.

Putrajaya ingin memberi vaksin kepada semua warga emas di Lembah Klang dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dalam beberapa minggu akan datang.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata semua orang dewasa di Malaysia akan diberi vaksin menjelang Oktober, sasaran imunisasi baharu yang ditetapkan oleh kerajaan untuk membendung lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini.

Beliau berkata pendekatan laluan pantas dalam program vaksinasi termasuk meningkatkan kapasiti vaksinasi kepada 500,000 dos sehari, bagi mengatasi kemunculan varian baharu yang lebih bahaya. – 24 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen