Korban banjir Jerman kini 180 orang


Jerman, Belgium dan beberapa negara Eropah dilanda banjir besar, sehingga kini jumlah korban di seluruh rantau itu adalah 216 orang dengan beratus-ratus lagi masih hilang. – Gambar AFP, 24 Julai, 2021.

JUMLAH terbaru korban banjir yang melanda barat Jerman bulan ini kekal 180 orang dengan 150 orang masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.

Dengan ramalan lebih banyak hujan akan turun minggu ini, perkhidmatan kaji cuaca Jerman mengeluarkan nasihat berwaspada kepada penduduk kawasan itu.

Di Rhineland-Palatinate yang paling teruk terjejas kerana ribut itu, 132 orang kini disahkan maut dan 766 orang cedera, menurut polis.

Walaupun 149 orang masih dilapor hilang di daerah itu, “kami tidak mengandaikan yang jumlah akhir korban akan naik mendadak,” kata Roger Lewentz, menteri dalam negeri, menambah yang senarai itu turut melibatkan pelancong ke daerah itu.

Polis menjalankan misi mencari dengan bantuan helicopter dan kira-kira 30 ekor anjing pengesan.

“Kami tak tahu samada kami boleh jumpa semua orang yang meninggal,” kata Lewentz.

Di daerah berhampiran Rhine-Westphalia, 47 orang disahkan terbunuh.

Polis Cologne berkata mereka sedang mencari dua orang yang dilaporkan hilang.

Seorang lagi terbunuh di Bavaria, manakala Belgium melaporkan 36 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan korban banjir di rantau Eropah kepada 216 orang. – AFP, 24 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen