Presiden Xi Jinping lawat Tibet


Ramai penduduk Tibet dibuang negeri kerana kerajaan pusat menuduh mereka melakukan penindasan agama dan menghakis budaya. – Gambar EPA, 23 Julai, 2021.

PRESIDEN China Xi Jinping hari ini dilaporkan mengunjungi Tibet, iaitu wilayah sensitif daripada segi politik, lapor media negara itu.

Ini lawatan pertama pemimpin tertinggi negara itu sejak lebih tiga dekad lalu.

Tibet yang bersilih ganti sejak berabad, antara bebas dan dikuasai China, boleh dikatakan “bebas secara damai” berubah daripada dataran tinggi pada 1951 hinggalah membangun dengan infrastruktur dan pendidikan ke wilayah yang sebelum ini jauh ketinggalan.

Namun ramai penduduk Tibet dibuang negeri kerana kerajaan pusat menuduh mereka melakukan penindasan agama dan menghakis budaya.

Pada 2008, berlaku rusuhan di wilayah terbabit yang mengorbankan banyak nyawa susulan penduduk membantah terhakisnya budaya kuno akibat perkembangan pesat oleh China.

Dalam rakaman disiarkan hari ini di stesen penyiar negara, CCTV, Xi dilihat melambai kepada orang ramai yang memakai pakaian etnik dan mengibarkan bendera China, ketika beliau meninggalkan pesawatnya. Beliau disambut meriah dengan permaidani merah dan persembahan tarian.

Walaupun beliau tiba kelmarin di Lapangan Terbang Nyingchi Mainling di tenggara Tibet, tiada pengumuman lawatannya di media rasmi sehingga dua hari kemudian.

Selepas sambutan hangat oleh kebanyakan etnik, Xi dilaporkan ke Jambatan Sungai Nyang untuk mengetahui tentang penjagaan ekologi dan persekitaran Sungai Yarlung Tsangpo dan Sungai Nyang, menurut CCTV.

Xi sebelum ini pernah mengunjungi Tibet dua kali, iaitu pada 1998 sebagai ketua parti wilayah Fujian dan berikutnya, pada 2011 sebagai naib presiden.

Presiden China yang terakhir mengunjungi Tibet ialah Jiang Zemin pada 1990.

Kali ini, Xi turut mengunjungi Muzium Perancangan Bandar Nyingchi dan kawasan lain untuk meneliti perancangan pembangunan bandar, baik-pulih luar bandar dan pembinaan taman bandar.

Semalam, beliau melawat Stesen Kereta Api Nyingchi untuk taklimat mengenai Kereta Api Sichuan-Tibet, sebelum menaiki keretapi ke Lhasa.

Beijing memberi pembangunan sebagai cara mengurangkan rasa tidak puas hati penduduk di Tibet, wilayah yang masih ramai mengagumi Dalai Lama iaitu pemimpin agama yang dibuang negeri dan membenci kedatangan peneroka China.

Sejak 2008, China membuat pelaburan di rantau itu, menjadikan Tibet sebagai satu wilayah dengan pertumbuhan paling pesat di China secara ekonomi, menurut statistik tempatan. – AFP, 23 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen