Putrajaya lanjut tempoh doktor kontrak jalani latihan pakar, kata PM


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kontrak untuk pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang sudah diterima untuk menjalani latihan kepakaran dilanjutkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2021.

PUTRAJAYA bersetuju melanjutkan kontrak untuk pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang sudah diterima untuk menjalani latihan kepakaran hingga tempoh maksimum empat tahun, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata lanjutan itu termasuk untuk mereka yang diterima menjalani latihan kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama tempoh kontrak.

“Bagi penyelesaian serta-merta, Kabinet memutuskan untuk menawarkan kontrak perkhidmatan dua tahun kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi yang melengkapkan perkhidmatan wajib merkea bagi memastikan perkhidmatan mereka diteruskan dan sebagai persediaan latihan kepakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah kumpulan doktor mengugut untuk mengadakan protes jika penyelesaian tidak dicapai dalam isu jawatan tetap untuk doktor kontrak, yang sudah lama dibangkitkan.

Beberapa doktor dilaporkan meletak jawatan dengan menghantar notis 24 jam, atas alasan keletihan, kurang peluang kerjaya dan tekanan melampau dengan jumlah pesakit Covid-19 yang meningkat. – 23 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen