Bicara sita aset Najib, 17 lain ditangguh 30 Ogos


Raevathi Supramaniam

Kes Najib Razak, isterinya, tiga anak dan 13 yang lain akan didengar pada 30 Ogos susulan penangguhan diminta oleh pihak pendakwaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2021.

PERBICARAAN sita aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap Najib Razak, isterinya, tiga anak dan 13 yang lain ditunda susulan perkembangan baharu kes tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hadni Khairuddin memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan yang pihak pendakwaan menerima beberapa surat dan memerlukan lebih banyak masa untuk menelitinya.

“Ada perkembangan baharu berkaitan kes ini. Kami menerima surat berkaitan kes dan aset.

“Susulan perintah kawalan pergerakan, kami memerlukan lebih banyak waktu untuk meneliti surat dan memaklumkannya kepada mahkamat,” katanya kepada Hakim Zaini.

Kes itu akan didengar pada 30 Ogos, dengan pihak pendakwaan akan menjawab cabaran terhadap prosiding rampasan aset dan barang berharga lebih RM31 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Zaini juga memberitahu semua pihak hari ini yang beliau akan memberikan penghakiman mengenai kes tersebut dalam satu atau dua bulan selepas perbicaraan 30 Ogos.

“Saya tidak mahu setakat memberikan keputusan, tetapi juga penghakiman. Justeru, semua pihak akan mengetahui bagaimana saya membuat keputusan. Menurut jangkaan, saya akan membuat keputusan dalam satu hingga dua bulan dengan penghakiman penuh.”  – 23 Julai, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen