PBB siasat penindasan di Palestin


Bekas ketua Hak Asasi PBB Navi Pillay akan mengetuai siasatan terbuka terhadap penyalahgunaan sistematik di Israel dan wilayah Palestin. – Gambar AFP, 23 Julai, 2021.

BEKAS ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Navi Pillay akan mengetuai siasatan terbuka terhadap penyalahgunaan sistematik di Israel dan wilayah Palestin.

Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkata Pillay akan mengetuai tiga individu berkaitan penyalahgunaan dan punca, di sebalik konflik sejak beberapa dekad.

Suruhanjaya siasatan (COI) ialah siasatan peringkat tertinggi yang boleh diperintahkan Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Siasatan itu dicetuskan semasa sesi khas dewan yang diadakan pada 27 Mei lalu, bagi membincangkan lonjakan keganasan yang mengakibatkan ramai terkorban, dalam konflik di antara Israel dan Palestin awal bulan ini.

Konflik itu mengorbankan kira-kira 260 warga Palestin termasuk pejuang, kata pihak berkuasa Gaza.

Polis dan tentera Israel pula mendakwa seramai 13 orang daripada pihaknya terbunuh membabitkan tentera susulan serangan dari Gaza.

Majlis itu menubuhkan suruhanjaya siasatan antarabangsa bebas yang sedang berlangsung, bagi menyiasat semua tuduhan perlanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan perlanggaran undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, di Israel dan wilayah Palestin yang dijajah, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Ia akan mengkaji semua punca utama ketegangan berulang, ketidakstabilan dan penentangan konflik, termasuk diskriminasi dan penindasan sistematik berdasarkan identiti nasional, etnik, kaum atau agama.

“Pesuruhjaya diberi mandat untuk mendapatkan fakta dan perlanggaran serta mengenal pasti pihak bertanggungjawab, bagi memastikannya dihukum. – AFP, 23 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen