13 orang awam terbunuh di Afrika Tengah


SERAMAI 13 orang awam terbunuh dalam pertempuran di utara Bangui, ibu kota Republik Afrika Tengah yang sering bergolak, kata misi PBB di negara itu semalam.

Pasukan penjaga keamanan menemui 13 mayat di Bongboto kira-kira 300 kilometer di utara Bangui, pada Rabu lepas, kata jurucakap MINUSCA, leftenan kolonel Abdoulaziz Fall kepada AFP.

Afrika Tengah adalah negara kedua paling tidak maju di dunia dan menerita akibat konflik sivil yang kejam pada 2013, menurut PBB.

MINUSCA berkata, mereka akan melakukan apa sahaja bagi menjelaskan keadaan menyedihkan ini dan membawa penyerang ke muka pengadilan. – AFP, 23 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen