Kumpulan doktor akan teruskan mogok 26 Julai ini, kata jurucakap


Ragananthini Vethasalam

Jurucakap kumpulan Hartal Doktor Kontrak berkata mogok yang akan diadakan nanti diharap menjadi simbol keluh kesah perjuangan mereka menuntut jawatan tetap yang masih diabaikan oleh Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Julai, 2021.

KUMPULAN Hartal Doktor Kontrak akan teruskan mogok mereka pada 26 Julai ini sebagai tanda protes terhadap pendirian Putrajaya berhubung jawatan tetap untuk doktor perubatan kontrak.

Jurucakap kumpulan itu berkata para doktor akan membuat mogok sebagai tanda protes terhadap tempoh bekerja yang teruk ketika lonjakan kes Covid-19 sejak dua bulan lalu.

“Kami akan buat mogok secara besar-besaran sebagai simbol yang kami mahu suara kami didengar,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Namun, beliau tidak mendedahkan berapa ramai doktor daripada Kementerian Kesihatan yang akan turut serta.

Memandangkan risiko hilang kepercayaan orang ramai kerana tetap Covid-19 menjadi keutamaan, jurucakap itu berkata: “Saya fikir orang ramai harus faham yang ianya penting untuk kami dan penjagaan kesihatan sekarang ini.”

Sementara itu, ketika ditanya adakah Kementerian Kesihatan (KKM) telah memberi respons terhadap memorandum kumpulan tersebut, beliau berkata setakat ini, hanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang memberikan kenyataan.

Dalam respons tersebut yang dikongsikan kepada The Malaysian Insight, ketua pengarah SPA Zainal Rahim Seman berkata ia tidak berada di bawah tanggungjawab SPA semata-mata.

“SPA tidak pernah mengetepikan mana-mana jawatan pegawai perubatan untuk menjawat jawatan tetap. Apa yang dipohon oleh KKM akan diuruskan segera.

“Malangnya, SPA difahamkan oleh KKM tidak ada jawatan tetap yang dapat dipertimbangkan pada waktu ini disebabkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak memberikan sebarang kelulusan untuk jawatan tetap.

“SPA hanya boleh melantik pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap jika ada kekosongan jawatan tetap,” kata Zainal dalam surat tersebut. 

Bagaimanapun beliau memohon kumpulan itu merujuk perkara tersebut kepada KKM dan JPA. – 22 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen