PERDANA Menteri Australia pada Khamis memohon maaf atas kelewatan negara itu melancarkan program vaksinasi, berikutan Sydney melaporkan lonjakan tinggi terbaharu koronavirus.
Scott Morrison ditekan rakyat supaya meningkatkan kadar vaksinasi yang kini berada sekitar 11 peratus, kadar terendah berbanding negara maju lain.
Selepas berbulan-bulan mengangkat diri dengan berkata tindakan bermutu respons terhadap pandemik selain menegaskan peluncuran vaksin bukan perlumbaan, Morrison akhirnya tunduk kepada pengkritik.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat capai tanda aras yang kami harapkan pada awal tahun ini.
“Saya bertanggungjawab dengan program vaksinasi. Saya juga bertanggungjawab atas kekangan yang kami lalui. Jelas ada perkara dalam kawalan kami, ada perkara tidak,” katanya.
Kenyataannya itu muncul ketika pihak berkuasa Sydney yang kini dikenakan sekatan pergerakan memberi amaran kepada penduduk untuk bertahan dengan peningkatan jangkitan dan sekatan jangka panjang.
Negeri New South Wales melaporkan 124 kes baharu, satu rekod baharu ketika pandemik cepat merebak ke seluruh negara.
“Saya jangka jumlah kes meningkat lebih tinggi,” menteri negeri Gladys Berejiklian memberi amaran.
“Saya tidak dapat nyatakan betapa seriusnya keadaan yang sedang kita lalui ketika ini,” katanya.
Sydney telah dikenakan sekatan selama hampir sebulan, tetapi kelihatan mungkin akan menarik balik perintah duduk di rumah pada akhir bulan ini seperti yang dirancang.
Sekatan pergerakan yang menutup banyak kedai, perniagaan dan sekolah, mungkin dapat halang gelombang kes, tetapi setakat ini gagal menghentikan pandemik itu. – AFP, 22 Julai, 2021.
Komen