Syria tembak jatuh peluru berpandu Israel


Sejak perang saudara Syria meletus pada 2011, Israel sering melakukan serangan yang kebanyakannya menyasarkan kedudukan kerajaan dan juga pasukan Hizbullah Iran. – Gambar EPA, 22 Julai, 2021.

PASUKAN pertahanan udara Syria memintas peluru berpandu Israel ke wilayah Homs awal Khamis, serangan udara kedua minggu ini, lapor media negara Syria.

Satu sumber tentera memberitahu agensi berita negara Syria SANA yang serangan tidak mengorban nyawa dan hanya menyebabkan kerosakan material.

“Pada pukul 1.13 pagi ... musuh Israel melakukan serangan udara yang menyasarkan beberapa posisi di wilayah Qusayr di wilayah Homs,” lapor SANA, memetik sumber tersebut.

“Pertahanan udara kami memintas peluru berpandu ... menembak jatuh kebanyakannya,” kata sumber tentera.

Badan Pemerhati untuk Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata peluru berpandu itu menyasarkan kedudukan tentera kumpulan Hizbullah, memusnahkan depot senjata.

Tentera Syria menawan semula Qusayr, kubu kuat pemberontak dekat sempadan Lubnan, pada 2013 selepas serangan 17 hari yang dipimpin oleh pejuang Hizbullah. 

Bandar ini sangat penting kepada mereka kerana menghubungkan ibu negara Damaskus dengan pantai.

Merampas kubu kuat adalah kemenangan besar bagi Hizbullah, yang berperang bersama pasukan Presiden Bashar al-Assad.

Serangan udara pada Khamis adalah yang kedua minggu ini, selepas serangan Israel pada Isnin mengorbankan lima pejuang pro-Iran yang bersekutu dengan rejim, dan menghancurkan pangkalan kumpulan itu dan sebuah depot senjata berdekatan Aleppo, menurut badan pemantau itu.

Sejak perang saudara Syria meletus pada 2011, Israel sering melakukan serangan di Syria, yang kebanyakannya menyasarkan kedudukan kerajaan dan juga pasukan Hizbullah Iran serta sekutu Lubnan.

Israel jarang mengesahkan serangan di Syria, tetapi tentera Yahudi itu berkata menepati sekitar 50 sasaran di negara yang dilanda perang tahun lalu, tanpa memberikan perincian.
Bulan lalu, serangan udara Israel di Syria tengah mengorbankan sekurang-kurangnya 11 tentera. – AFP, 22 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen