Guinea tarik diri sertai Olimpik Tokyo


Guinea memutuskan untuk tidak menghantar atletnya ke Olimpik Tokyo berikutan pandemik Covid-19. – Gambar AFP, 22 Julai, 2021.

GUINEA memutuskan untuk tidak menghantar atletnya ke Olimpik Tokyo berikutan pandemik Covid-19, lapor agensi berita Rusia (TASS) memetik AFP.

Guinea pada awalnya akan menghantar lima atlet.

“Berikutan peningkatan jangkitan Covid-19, kerajaan dengan rasa dukacita terpaksa membatalkan penyertaan Guinea dalam Olimpik Tokyo kerana bimbang keselamatan atlet,” kata menteri sukan Guinea. – Bernama, 22 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen