DERETAN kereta bersepahan di sekitar jalan raya di tengah bandar Zhengzhou, di China hari ini ketika penduduk yang masih terkejut cuba membersihkan sisa pasca banjir paling teruk dalam sejarah di negeri itu, dengan sekurang-kurangnya 33 nyawa terkorban.
Hujan lebat luar biasa melanda selama tiga jam di Zhengzhou, kata pihak berkuasa mencetuskan air longkang dan arus deras berlumpur melimpah ke jalan raya, terowong dan sistem kereta api bawah tanah.
Ratusan ribu rakyat di kawasan sekitar terjejas akibat banjir, kata pihak berkuasa dengan tanah kebun tenggelan dan landasan kereta api musnah.
Di Zhengzhou yang paling teruk terjejas, gambar mengerikan dalam kereta api bawah tanah dimuat naik ke media sosial secara langsung, menunjukkan air naik ketika waktu puncak dari paras buku lali hinggalah ke leher penumpang.
Berpuluh-puluh penumpang maut sebelum penyelamat dapat mengeluarkan penumpang dari gerabak.
Ketika air mulai surut, longgokan kereta kelihatan, dan pada masa sama penduduk bersiap sedia untuk berdepan dengan sehari lagi cuaca buruk, dengan mengalih kenderaan ke kawasan lebih tinggi dan cuba keluar dari kawasan ibu kota itu, di mana sistem komunikasi dan bekalan elektrik masih tidak terputus.
Trak kelihatan mengepam keluar air berlumpur dari terowong bawah tanah dan pemilik perniagaan mula mencongak kos kerugian, sementara jabatan meteorologi mengeluarkan amaran hujan pada tahap merah, kemungkinan berlaku tanah runtuh dan banjir di kawasan sekitar. – AFP, 22 Julai, 2021.
Komen