Ribuan penduduk lari, kebakaran hutan di Kanada


Pesawat bomba melakukan semburan untuk memadamkan api kebakaran hutan di kawasan barat Kanada. – Gambar AFP, 22 Julai, 2021.

RIBUAN penduduk melarikan diri susulan kebakaran di barat Kanada hari ini dengan ratusan tentera dikerah untuk memadam api yang melanda wilayah barat Amerika Utara.

Ketua daerah di wilayah barat British Columbia Margo Wagner berkata kebakaran itu kali kedua dalam tempoh empat tahun.

Pakar di Jabatan Perhutanan Oregon Marcus Kauffman berkata di selatan sempadan, sejumlah komuniti di Amerika Syarikat (AS) diancam kebakaran hutan, menyebabkan cuaca yang sangat ekstrem.

“Api menjadi sangat marak dan menghasilkan cuaca panas melampau,” katanya.

Hampir 80 kebakaran besar melanda ratusan ribu hektar kawasan di California, Oregon, Montana dan Nevada, dengan yang terbesar antaranya ialah kebakaran bootleg di Oregon iaitu sebesar keluasan Los Angeles, hanya dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu, Ia Yocum dari Oregon State Fire Marshal berkata kerja memadam kebakaran selama dua minggu dijalankan bagi melindungi ratusan rumah.

British Columbia mengisytiharkan darurat pada Isnin, dengan lebih 5,700 penduduk diarahkan berpindah. – AFP, 22 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen