10 lagi kes Covid-19 dikesan di perkampungan Olimpik Tokyo


Sejak 1 Julai, jumlah jangkitan Covid-19 dilaporkan mencecah 81 kes melibatkan atlet, kontinjen asing dan petugas tempatan yang menginap di perkampungan Olimpik. – Gambar EPA, 22 Julai, 2021.

SEBANYAK 10 lagi kes jangkitan Covid-19 direkodkan menjelang pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo, lapor Sputnik memetik kenyataan jawatankuasa penganjur. 

Mereka yang dijangkiti itu masing-masing seorang atlet dan pegawai kontinjen asing manakala selebihnya terdiri petugas tempatan.

Sejak 1 Julai, jumlah jangkitan yang dilaporkan mencecah 81 kes melibatkan atlet, kontinjen asing dan petugas tempatan yang menginap di perkampungan Olimpik.

Jangkitan Covid-19 turut dikesan dalam kalangan empat atlet dan pegawai pengiring di kem latihan di luar Tokyo, tambah penganjur. – Bernama, 22 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen