Penasihat kanan Suu Kyi meninggal dunia akibat Covid-19


Nyan Win yang merupakan penasihat kanan kepada pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang digulingkan pada rampasan kuasa 1 Februari lalu, meninggal dunia akibat Covid-19 pada Selasa. – Gambar EPA, 22 Julai, 2021.

PENASIHAT kanan kepada pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang digulingkan pada rampasan kuasa 1 Februari lalu, meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu.

Nyan Win, 78, meninggal dunia di sebuah hospital selepas dipindahkan dari Penjara Insein Yangon minggu lalu, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) berkata dalam satu kenyataan.

“Kami berjanji untuk terus berjuang mengakhiri pemerintahan diktator dalam negara ini untuk membentuk Kesatuan Demokrasi Persekutuan,” kata parti itu.

Sehingga kini, 375 tahanan telah dijangkiti Covid-19 dan enam kematian direkodkan ketika dalam penjara, menurut junta tentera. – Bernama, 22 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen