10 cedera dalam insiden tembakan kelab malam di Itali  


SEPULUH orang cedera selepas seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan rambang di sebuah kelab malam di selatan Itali, lapor media tempatan. 

Polis berjaya menahan suspek yang melepaskan tembakan kira-kira pukul 2 pagi di kelab malam yang popular berdekatan Taranto, menurut laporan itu. 

Kira-kira 300 pelajar kolej berada di kelab berkenaan ketika kejadian. 

Kebanyakan mereka yang tercedera mengalami luka tembakan di kaki dan tiada kecederaan yang mengancam nyawa. – AFP, 21 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen