PAKISTAN pada Rabu menyekat aplikasi TikTok buat kali keempat kerana kandungannya yang tidak sesuai, kata penguatkuasa telekomunikasi.
Pemilik aplikasi berkenaan kini berdepan beberapa tindakan undang-undang oleh aktivis agama dan pihak berkuasa di negara berkenaan.
Sekatan dibuat selama dua hari pada awal bulan ini dengan perintah mahkamah.
Aktivitis kebebasan bersuara sering mengkritik tindakan kerajaan berhubung kawalan dan penapisan bagi internet dan media di Pakistan.
“Tindakan diambil berikutan kandungan yang tidak sesuai secara berterusan di platform berkenaan serta kegagalannya untuk mengeluarkan kandungan seperti itu,” kata pihak berkuasa telekomunikasi dalam satu kenyataan.
Wakil TikTok tempatan bagaimanapun enggan mengulas berhubung tindakan itu.
Aplikasi berkenaan mempunyai ramau peminat di Pakistan yang mana kebanyakan pengguna menggunakannya untuk pemasaran dan penjualan barangan dalam talian. – AFP, 21 Julai, 2021.
Komen