SEORANG pendaki Korea Selatan dikhuatiri maut selepas beberapa hari menjadi orang kurang upaya (OKU) pertama mendaki 14 puncak di Pergunungan Himalaya, kata pegawai di Pakistan.
Kim Hong-bin hilang pada Isnin selepas terjatuh ketika turun dari Puncak Broad setinggi 8,051 meter di jajaran Karakoram, kata Karrar Haidri dari Kelab Alpine Pakistan kepada AFP.
Broad Peak adalah gunung ke-12 tertinggi dari 8,000 meter di dunia.
Haidri berkata ketika Bin mendaki Puncak Peak pada Ahad, dia menjadi orang ke-44 dapat mendaki gunung berkenaan.
Tetapi ketika turun, dia jatuh “ke arah China”, kata Haidri.
Beliau berkata, Kim adalah pendaki OKU pertama yang menyertai pendakian berkenaan selepas dia hilang kesemua jari tangan ketika mendaki Gunung Denali di Alaska pada 1991.
Sifat Khan, seorang pegawai kanan kerajaan berkata kepada AFP, hanya sedikit peluang untuk Kim bertahan lama dalam keadaan sejuk di gunung berkenaan.
“Dia dipercayai sudah mati. Tidak ada manusia yang dapat bertahan selama itu,” katanya.
Kim adalah sebahagian dari ekspedisi yang dianjurkan bersama “porter” dan polis pelancong, kata Khan sambil menambah operasi mencari akan dilancarkan sebaik sahaja cuaca mengizinkan. – AFP, 21 Julai, 2021.
Komen