SEKURANG-KURANGNYA tiga roket dilancarkan ke ibu kota Afghanistan hari ini sejurus sebelum ucapan Presiden Ashraf Ghani sempena sambutan Aidiladha, kata kementerian dalam negeri.
Roket itu dilancarkan kira-kira 8 pagi waktu tempatan, dan bunyi kuat kedengaran di Zon Hijau yang menempatkan istana presiden dan beberapa kedutaan termasuk Amerika Syarikat (AS).
“Hari ini mush Afghanistan melancarkan serangan roket di beberapa tempat berbeza di bandar Kabul,” kata jurucakap kementerian dalam negeri Mirwais Stanikzai.
“Tiga roket berkneaan terkena tiga tempat berbeza. Berdasarkan maklumat awal, tiada kematian dilaporkan. Pasukan kami masih menjalankan siasatan.”
Beberapa minit selepas serangan itu, Ghani mula menyampaikan ucapannya dengan kehadiran beberapa pegawai kanan negara itu.
Roket sebelum ini beberapa kali disasarkan ke arah istana presiden, dengan kali terakhir pada disember.
Serangan itu serentak dengan usaha menghapuskan Taliban di seluruh negara ketika kebanyakan pasukan tentera luar mula memanggil pulang anggota mereka secara berperingkat dan dijadualkan selesai pada 31 Ogos. – AFP, 20 Julai, 2021.
Komen