Syria pintas serangan peluru berpandu Israel


Sejak perang saudara Syria tercetus pada 2011, Israel sering melakukan serbuan di Syria, kebanyakannya menyasarkan tentera Lubnan selain pasukan kerajaan Syria. – Gambar fail EPA, 20 Julai, 2021.

PERTAHANAN udara Syria menembak jatuh peluru berpandu Israel yang dilancarkan ke wilayah utra Aleppo semalam, lapor media tempatan, dalam satu serangan dipercayai menyasarkan kumpulan pro rejim.

“Kira-kira 11.30 malam semalam, musuh kita Israel melancarkan serangan udara kea rah tenggara Aleppo, menyasarkan kawasan Al-Safira, kata agensi berita Syria, SANA memetik sumber tentera sebagai berkata.

“Pertahanan udara kita memintas senjata itu, menembak jatuh kebanyakan daripadanya.”

Badan pemantau hak asasi manusia Britain berpangkalan di Syria berkata peluru berpandu itu jatuh di kawasan berhampiran Pusat Penyelidikan Pengajian Saintifi di Al-Safira, memusnahkan pangkalan dan depoh senjata yang digunakan kumpulan pro Iran.

Tiada laporan kematian pada masa ini.

Sejak perang saudara Syria tercetus pada 2011, Israel sering melakukan serbuan di Syria, kebanyakannya menyasarkan tentera Lubnan selain pasukan kerajaan Syria.

Israel jarang mengesahkan serangan di Syria, tetapi tentera Yahudi itu berkata 50 sasaran terkena serangan di negara berperang itu tahun lalu.

Bulan lalu, serangan udara Israel di tengah Syria menyebabkan 11 anggota tentera maut. – AFP, 20 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen