Kanak-kanak berdepan ancaman kekurangaan nutrisi di Papua


Kekurangan kemudahan akses perubatan dan makanan berkhasiat menjadi punca utama peningkatan angka kematian dalam kalangan kanak-kanak di Papua.– Gambar EPA, 16 Januari, 2018.

RAMAI kanak-kanak di wilayah Papua, timur Indonesia mati akibat kekurangan nutrisi dan campak sejak beberapa bulan lalu, kata jurucakap tentera pada Selasa,  ditambah dengan masalah kekurangan akses untuk penjagaan kesihatan di wilayah terpencil itu. 

Jumlah kematian yang tinggi itu direkodkan selepas Presiden Joko Widodo berikrar pada 2014 untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di pulau yang turut berkongsi dengan Papua New Guinea.

Sekurang-kurangnya 59 kanak-kanak mati akibat kekurangan nutrisi dan penyakit campak di wilayah Asmat, yang berdepan masalah kekuragan doktor kata jurucakap tentera Papua, Muhammad Aidi. 

“Kami menerima laporan daripada pegawai kesihatan tempatan mengenai kematian ini,” katanya kepada AFP. 

“Kami tidak dapat pastikan sama ada kekurangan nutrisi itu berpunca daripada kekurangan bekalan makanan atau kurangnya pengetahuan ibu bapa berhubung makanan yang sihat.”

Sebagai tindakan, tentera telah mengerahkan pasukan perubatan dan staf sokongan bagi membekalkan penduduk dengan ubatan, vaksin, peralatan perubatan dan makanan berkhasiat, tambah Aidi.

Kira-kira 129,000 penduduk tinggal di Asmat, sebuah wilayah berpaya yang hanya boleh diakses menerusi kapal terbang dari ibu negeri Papua, Jayapura diikuti dengan helikopter dan menerusi bot. 

“Wilayah ini terpisah daripada bahagian lain di Papua kerana kekurangan kemudahan,” kata Aidi. – AFP, 16 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen