PERDANA Menteri Nepal yang baru dilantik Sher Bahadur Deuba menang undi percaya terhadapnya di Parlimen semalam, lapor AFP.
Kemenangan itu beberapa hari selepas Mahkamah Tinggi mengarahkan beliau menggantikan bekas perdana menteri K P Sharma Oli.
Deuba, yang memimpin Parti Kongres Nepal menang 165 undian daripada 275 kerusi Parlimen.
Beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Selasa lalu, menggantikan Oli, yang mula memegang jawatan pada 2018.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Deuba menggantikan Oli kerana melanggar perlembagaan dengan membubarkan Parlimen. – 19 Julai, 2021.
Komen