PEMBUAT prostetik Perancis Carmat berkata telah syarikatnya telah menjual salah satu jantung buatannya untuk dipindahkan pada seorang pesakit Itali.
Penjualan tersebut yang pertama sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2008.
Pembedahan “dibuat pasukan diketuai pakar bedah jantung Dr Ciro Maiello di hospital Azienda Ospedaliera dei Colli di Naples, yang pengalaman luas dalam bidang jantung buatan di Itali,” kata Carmat dalam satu kenyataan.
Syarikat tersebut memperoleh kelulusan CE Eropah pada Disember 2020 untuk penjualan jantung prostetik Aeson.
Pensijilan itu berdasarkan hasil kajian dikenali sebagai PIVOTAL, dilancarkan pada 2016 dan masih dalam proses.
Pada November 2019, keputusan dari 11 pesakit pertama dalam kajian tersebut menunjukkan 73 peratus dapat bertahan selama enam bulan dengan jantung tiruan atau berjaya membuat pemindahan dalam tempoh sama.
Carmat berkata penjualan komersial pertama jantung buatan itu membuka lembaran baharu “dalam pengembangan syarikat”, menambah pihaknya berharap dapat mencari lebih banyak pelanggan di Perancis dan Jerman pada akhir tahun ini.
Seorang jurucakap memberitahu AFP ini adalah kali pertama salah satu jantung digunakan di luar ujian klinikal.
Kos pembedahan lebih dari AS$177,000 ditanggung oleh sistem kesihatan daerah, kerana sistem kebangsaan Itali tidak menampung rawatan tersebut sehingga telah digunakan untuk beberapa tahun.
Pada 15 Julai, Carmat telah mengumumkan pemindahan pertama jantung Aeson kepada pesakit di Amerika Syarikat melalui kajian klinikal di Duke University Hospital di Durham, North Carolina.
Ia sedang mencari 10 pesakit yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam kajian yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS itu. – AFP, 19 Julai, 2021.
Komen