Bolsonaro keluar hospital selepas rawatan usus


Presiden Brazil Jair Bolsonaro dibenarkan keluar hospital semalam selepas empat hari dirawat akibat masalah usus.– Gambar EPA, 19 Julai, 2021.

PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro dibenarkan keluar hospital semalam selepas empat hari dirawat akibat masalah usus.

Bolsonaro sebelum ini dimasukkan ke sebuah hospital tentera pada Rabu selepas mengalami sedu kronik selama lebih 10 hari. Beliau kemudian dipindahkan ke hospital Vila Nova Star di Sao Paulo.

“Saya dikehendaki supaya menjaga pemakanan. Saya harap dalam sepuluh hari lagi saya boleh makan stik mata rusuk.

“Perut saya seperti terbakar. Puncanya kerana usus saya tersumbat, biasa terjadi kepada orang yang baru jalani pembedahan macam saya, selepas ditikam dulu, ” katanya kepada pemberita.

Doktor yang merawatnya berkata Bolsonaro perlu mengambil makanan yang mudah dihadam dan banyakkan bersenam.

Bolsonaro pernah enam kali dibedah sejak ditikam di bahagian perut pada 2018 semasa kempen pilihan raya.

Presiden itu juga dijangkiti virus Covid-19 tahun lalu. – AFP, 19 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen