AS masih ada polio jika maklumat salah wujud sekian lama, kata Fauci


Amerika Syarikat mungkin masih memerangi cacar dan polio jika maklumat palsu wujud suatu ketika dahulu, kata Ketua Penasihat Perubatan Kepada Presiden Amerika Syarikat Anthony Fauci pada Sabtu. – Gambar EPA, 18 Julai, 2021.

AMERIKA Syarikat mungkin masih memerangi cacar dan polio jika maklumat palsu wujud suatu ketika dahulu, kata Ketua Penasihat Perubatan Kepada Presiden Amerika Syarikat Anthony Fauci pada Sabtu.

Komen dari pakar penyakit berjangkit AS itu mencerminkan kekecewaan yang meningkat atas kelewatan kadar vaksinasi Covid-19 di Amerika Syarikat.

Kenyataannya itu muncul beberapa hari selepas Presiden Joe Biden menyatakan rasa kecewa, dengan berkata media sosial yang menyebarkan maklumat salah mengenai vaksin akan “membunuh orang ramai.”

Fauci berkata demikian menjawab wartawan CNN sekiranya AS “boleh kalahkan demam campak atau polio jika setiap malam Fox News memberi amaran kepada rakyat mengenai masalah vaksin.”

Fauci berkata: “Kita mungkin masih akan ada cacar dan kita mungkin masih akan ada polio… jika maklumat palsu disebarkan.”

Keraguan terhadap vaksin kini memuncak, menunjukkan ianya diperbesarkan oleh teori konspirasi dan kononnya kerap disiarkan di Fox News dan rangkaian konservatif lain.

“Mungkin ia (vaksin) tidak berfungsi dan mereka tidak beritahu anda perkara itu,” kata Tucker Carlson, salah seorang pengulas Fox paling popular.

Sebaliknya vaksin dibukti berkesan. Pegawai di Maryland, misalnya, berkata tidak seorang pun dari mereka meninggal dunia akibat penyakit itu bulan lalu di negeri ini telah diberi vaksin.

Cadangan menghantar pendidik vaksin memberitahu setiap orang dari rumah ke rumah agar mendorong rakyat mendapatkan suntikan itu, komentator Fox, Charlie Hurt berkata, “Mereka telah menjadi seperti Taliban.”

Ahli politik konservatif menggunakan ejekan sama bekas presiden Donald Trump mengenai tindakan pencegahan Covid.

Pendidik dari pintu ke pintu, mencadangkan Wakil Madison Cawthorn dari North Carolina, mungkin akan datang dan mengambil senjata api rakyat - atau Injil mereka.

Sebahagian anggota parti Republikan menyalahkan Fauci kerana menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk merosakkan ekonomi. – AFP, 18 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen