Gempa bumi sederhana landa Mindanao


Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.09 pagi tadi. – Gambar fail AFP, 18 Julai, 2021.

GEMPA bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.09 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) tenggara dari Davao, Filipina dengan kedalaman 79km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 18 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen