Polis tahan penyerang hospital Baghdad


Sejak pandemik bermula, lebih 17,700 kematian dilaporkan di Iraq. Wad Covid-19 terpaksa dibina dalam keadaan tergesa-gesa untuk menempatkan pesakit. – Gambar EPA, 18 Julai, 2021.

POLIS menahan sekumpulan lelaki yang dipercayai ada kaitan dalam serangan di sebuah hospital di Baghdad, di mana insiden itu berlaku dikatakan sebagai tindakan balas selepas empat pesakit Covid-19 mati kerana bekalan oksigen mereka dihentikan.

Pasukan keselamatan menahan kumpulan bersenjata yang menyerang hospital al-Kindi, salah satu hospital utama di ibu kota Iraq itu, kata polis.

Kira-kira 10 individu terbabit dalam serangan itu ditahan, kata sumber keselamatan.

Mereka adalah ahli keluarga salah seorang daripada empat pesakit yang meninggal dunia selepas bekalan elektrik terputus menjejaskan bekalan oksigen.

Situasi di semua hospital di seluruh negara itu dalam keadaan terus ketika pandemik.

Berlaku dua kebakaran dalam tempoh kurang tiga bulan di wad Covid-19, yang menyebabkan lebih 80 pesakit maut pada April, dan 60 lagi maut dalam insiden terbaru di Nassiriya.

Sejak pandemik bermula, lebih 17,700 kematian dilaporkan di Iraq. Wad Covid-19 terpaksa dibina dalam keadaan tergesa-gesa untuk menempatkan pesakit. Negara itu bagaimanapun sering mengalami masalah gangguan elektrik. – AFP, 18 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen