Menteri kesihatan UK positif Covid-19


Setiausaha Kesihatan Britain Sajid Javid disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri 10 hari. – Gambar EPA, 18 Julai, 2021.

SETIAUSAHA Kesihatan Britain Sajid Javid disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri – menjelang kerajaan sedang bersiap sedia untuk melonggarkan kebanyakan sekatan pandemik di England.

Mengikut peraturan kerajaan, Javid kini diwajibkan pengasingan 10 hari, selepas ujian PCR mengesahkan beliau Covid-19 yang dimaklumkan sendiri menerusi Twitter.

Semua kontak rapat beliau – termasuk individu dalam kerajaan – juga perlu menjalani kuarantin kendiri jika menerima arahan daripada Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS).

Javid menghadiri mesyuarat yang panjang bersama Perdana Mneteri Boris Johnson pada Jumaat, menurut the Sunday Times.

Johnson hampir mati kerana Covid-19 tahun lalu. Downing Street enggan mengulas sama ada perdana menteri atau ahli Kabinet lain kini turut perlu kuarantin.

Javid tampil bersama barisan menteri di Parlimen minggu lalu, dan seorang sumber kerajaan memberitahu The Telegraph:”Saya rasa separuh daripada Kabinet perlu kuarantin menjelang akhir minggu ini.

Javid baru saja dilantik memegang jawatan itu pada 26 Jun, selepas bekas setiausaha kesihatan Matt Hancock meletak jaatan susulan pendedahan yang beliau melanggar sekatan koronavirus.

Javid menegaskan beliau sudah lengkap dua dos vaksin dan mengalami gejala ringan. – AFP, 18 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen