Musim haji bermula, kali kedua berlangsung dalam pandemik


Jemaah melakukan tawaf pada musim haji di tanah haram Mekah yang berlangsung sekali lagi dalam suasana pandemik. Arab Saudi hanya membenarkan 60,000 penduduk melakukan ibadah haji tahun ini. – Gambar AFP, 18 Julai, 2021.

JEMAAH mulai tiba di kota suci Mekah semalam, dengan tahun ini menjadi kali kedua jemaah haji berlangsung dalam skala kecil disebabkan pandemik koronavirus.

Jemaah melakukan tawaf dengan memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan sosial.

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan 60,000 penduduk yang sudah lengkap dua dos vaksin, melakukan ibadah haji, dengan harapan mengulangi kejayaan tahun lalu yang menyaksikan tidak berlaku jangkitan wabak Covid-19 sepanjang lima hari ibadah itu.

Haji tahun ini dengan pemilihan jemaah, membabitkan jumlah yang lebih kecil berbanding kebiasaannya pada musim haji.

Selepas turun dari bas ke Masjidil Haram, jemaah mulai melakukan tawaf. Ramai yang membawa payung berikutan cuaca panas.

“Setiap tiga jam, 6,000 jemaah masuk untuk tawaf,” kata jurucakap kementerian haji Hisham al-Saeed.

“Selepas setiap kumpulan keluar, proses sanitasi akan dijalankan di kawasan tawaf.”

Pada zaman pra pandemik, kira-kira 2.5 juta umat Islam berkumpul melaksanakan ibadah haji di Mekah sebagai menunaikan rukun Islam kelima itu. – AFP, 18 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen