NEGARA menyaksikan jumlah tertinggi kematian disebabkan Covid-19 apabila sebanyak 138 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Rekod sebelum ini adalah 135 kematian yang dilaporkan pada 8 Julai.
Angka kematian pada masa ini berjumlah 6,866 orang, sementara terdapat 119,814 kes aktif.
Noor Hisham berkata 908 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sementara 425 pesakit mendapat bantuan pernafasan.
Daripada 138 kematian yang dilaporkan hari ini, terdapat 89 lelaki, 49 wanita.
Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Selangor dengan 46 kematian, diikuti Negeri Sembilan (20) dan Kuala Lumpur dan Johor (16).
Noor Hisham berkata 18 mangsa meninggal dunia sebelum tiba di hospital; enam kes di Selangor; masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Johor; satu di Melaka, Perak dan Terengganu, dan lima di Pahang. – 17 Julai, 2021.
Komen