LEBIH 50% kes dilaporkan hari ini melibatkan pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan sebarang gejala, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata daripada 12,528 kes yang dilaporkan hari ini, 6,840 adalah pesakit Kategori 1.
Pecahannya adalah seperti berikut:
Kategori 1 (tanpa gejala): 6,840 (54.6%)
Kategori 2 (gejala ringan): 5,468 (43.6%)
Kategori 3 (dengan radang paru-paru): 112 (0.9%)
Kategori 4 (dengan radang paru-paru yang memerlukan terapi oksigen): 44 (0.4%)
Kategori 5 (pernafasan kritikal & memerlukan bantuan): 64 (0.5%)
Noor Hisham berkata selama 14 hari terakhir, Kementerian Kesihatan juga meningkatkan ujian saringan Covid-19 di seluruh negara.
Semalam, 132.935 ujian dilakukan dengan 65,171 adalah ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) sementara 67,764 adalah ujian antigen RTK.
Jumlah tertinggi ujian saringan dijalankan di Selangor (46,681), diikuti Kuala Lumpur (16,500) dan Johor (10,611).
Noor Hisham berkata kementerian masih mempunyai kemampuan menjalankan lebih banyak ujian saringan dan ini dapat dilakukan dengan penglibatan makmal swasta.
“Kapasiti ini akan digunakan sebaiknya untuk melakukan ujian saringan Covid-19 bersasar.” – 17 Julai, 2021.
MENYUSUL
Komen