Kes Covid-19 Malaysia kini 905,851 


Raevathi Supramaniam

12,528 kes baharu hari ini, lima hari berturut-turut Malaysia melaporkan lebih 10,000 kes baharu harian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Julai, 2021.

KES Covid-19 negara kini melebihi 900,000 apabila 12,528 kes baharu dilaporkan dalam 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Ini adalah hari kelima berturut-turut Malaysia melaporkan lebih 10,000 kes harian baharu.

Data terbaru hari ini menjadikan kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 905,851 kes.

Lembah Klang sahaja merekodkan lebih 6,000 kes. Selangor terus mendahului dengan 4,985 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,740 kes dan Negeri Sembilan dengan 1,280 kes.  

Johor pula melaporkan 625 kes baharu, Sabah (647), Sarawak (388), Pulau Pinang (396), Kelantan (211), Kedah (701), Perak (428), Pahang (317) dan Terengganu (177).

Hanya tiga negeri melaporkan kes baharu kurang 100 iaitu Labuan (22), Putrajaya (41) dan Perlis dengan satu kes.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata 406,762 dos berjaya disuntik semalam.

Jumlah orang yang sudah menerima vaksin kini seramai 13.6 juta orang. Daripada jumlah itu 9.3 juta atau 28.5% penduduk Malaysia sudah menerima satu dos vaksin, manakala 4.3 juta atau 13.2% sudah menerima dua dos. –  17 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen