Los Angeles wajibkan semula pakai pelitup muka


Los Angeles sekali mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam mulai hujung minggu ini.– Gambar AFP, 16 Julai, 2021.

LOS Angeles sekali mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam mulai hujung minggu ini susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19, kata pihak berkuasa semalam. 

Orang ramai sama ada sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 atau tidak wajib memakai pelitup muka termasuk di restoran, kedai runcit, pasar raya dan tempat kerja bagi membendung pandemik di bandar raya itu.

Peraturan tersebut berkuat kuasa Sabtu, kata pihak berkuasa Los Angeles.

Semalam, bandar raya itu mencatat 1,537 kes baharu, angka tertinggi direkodkan sejak awal Mac. Selama tujuh hari berturut-turut lebih 1,000 kes dilaporkan.

Peningkatan kes membabitkan varian Delta.

Pada pertengahan Mei, Amerika Syarikat umum penduduknya yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tidak lagi wajib memakai pelitup muka. – AFP, 16 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen