Kilang tak patuh SOP jangan cabar arahan kerajaan, kata TPM


TIMBALAN Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran keras kepada pengusaha kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara.

Beliau menerusi hantaran Facebook malam tadi berkata sebanyak 180 kilang serta premis perniagaan diarah tutup pada Rabu kerana gagal mematuhi arahan dan SOP ditetapkan.

“Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP. Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya. – Bernama, 16 Julai, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen