Erdogan pecat rektor universiti selepas bantahan 


Pelantikan rektor Universiti Bogazici oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dilihat sebagai campur tangan politik dalam institusi pendidikan di negara itu.– Gambar EPA, 15 Julai, 2021.

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan pada Khamis memecat rektor sebuah universiti terkemuka di Istanbul yang mana pelantikan kontroversinya mencetuskan bantahan pelajar terhadap pentadbirannya. 

Erdogan melantik Melih Bulu sebagai rektor Universiti Bogazici pada Januari namun ia mencetuskan kemarahan berhubung pengaruh presiden ke atas institusi pendidikan. 

Namun dalam pengumuman yang disiarkan Official Gazette, Erdogan memecat Bulu. 

Presiden itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab pemecatan itu dan tidak menamakan penggantinya. 

Bantahan oleh pelajar dan ahli akademik bermula sejak Januari lalu dan berterusan hingga kini. 

Puluhan pelajar ditahan manakala ada kediaman mereka diserbu oleh polis. 

Ahli akademik Bogazici menunjukkan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan teurs menyertai bantahan yang diadakan di hadapan pejabat rektor. 

Bulu menjadi calon pilihan raya pada 2015 yang mewakili parti pentadbiran Erdogan. 

Pengkritik turut membidas pelantikan itu dan enyifatkan ia sebagai campur tangan politik dalam sektor pendidikan Turki oleh Erdogan yang menggunakan kuasanya untuk melantik rektor selepas berjaya bertahan dalam cubaan rampasan kuasa pada 2016. 

Sebelum Julai 2016, rektor universiti dilantik melalui pilihan raya. – AFP, 15 Julai, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen