Iran tunggu kerajaan baharu sebelum teruskan rundingan nuklear, kata laporan


Iran hanya akan kembali ke meja rundingan perjanjian nuklear selepas kerajaan pimpinan presiden baharu Ebrahim Raisi dibentuk, lapor Sputnik.– Gambar AFP, 15 Julai, 2021.

IRAN tidak akan kembali ke meja rundingan perjanjian nuklear sehingga kerajaan pimpinan presiden baharu Ebrahim Raisi dibentuk, lapor Sputnik.

Tarikh sebenar rundingan semula masih tidak diketahui tetapi dijangka selepas pelantikan Raisi pada 5 Ogos, lapor The Washington Post, memetik kenyataan pegawai Amerika Syarikat.

Pegawai AS dilaporkan tidak sabar untuk proses rundingan dan enggan terus menunggu apatah lagi ketika Iran terus meningkatkan projek nuklear mereka. 

Mesyuarat kali keenam mengenai perjanjian nuklear menyaksikan Amerika Syarikat kembali dalam perjanjian itu, yang tamat pada 20 Jun. 

Wakil Tetap Rusia ke Pertubuhan Antarabangsa di Vienna, Mikhail Ulyanov berkata walaupun 90 peratus daripada proses perjanjian telah diselesaikan tetapi masih terdapat beberapa topik sensitif perlu dibincangkan, termasuk komitmen Washington. – Bernama, 15 Julai, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen