JABATAN Pentadbiran Makanan dan Rizab Strategik Negara China (NFSRA) mengumumkan syarikat di pelbagai kawasan pengeluaran bahan makanan telah memperoleh sejumlah 32.73 juta tan gandum dan 390 ribu tan biji sesawi setakat 10 Julai.
Menurut statistik jabatan itu, pada penghujung Jun, harga purata pemerolehan gandum adalah sekitar RMB2.52 (RM1.59) sekilo, lebih tinggi daripada tahap minimum iaitu RMB2.26 sekilo.
Sejak “projek bahan makanan berkualiti” dilancarkan beberapa tahun lepas, China turut membina beberapa pusat perkhidmatan pengendalian bahan makanan yang profesional di kawasan pengeluaran bahan makanan utama.
Turut disediakan perkhidmatan secara lebih profesional dan mudah kepada petani bagi menjamin kelancaran setiap transaksi pemerolehan dan peningkatan pendapatan golongan itu.
Naib Ketua Pengarah Pejabat Keselamatan Rizab dan Teknologi Sains NFSRA, Zhang Chengzhi menyatakan, pusat perkhidmatan lepas pengeluaran bahan makanan berfungsi untuk membersih, mengering, memperoses dan menjual semula bahan makanan oleh petani.
Jelasnya, dengan adanya pusat itu, ia dapat menjamin harga jualan lebih tinggi berbanding harga purata pasaran, sekali gus melonjak pendapatan petani.
Setakat ini, terdapat 5,400 pusat perkhidmatan tersebut dan 560,000 buah gudang simpanan pintar telah dibina, membantu petani menyimpan bahan makanan yang dituai dengan lebih profesional dan saintifik.
Difahamkan, gudang simpanan khas itu dilengkapi alat sensor yang dapat mengawasi suhu dan kelembapan, selain mampu mengawal kadar kerosakan bahan makanan di bawah satu per seribu. – Bernama, 15 Julai, 2021.
Komen